Kejatuhan harga emas memberi peluang untuk kita untuk menambah stok emas dengan membeli emas fizikal atau pun saham-saham emas pada harga yang rendah. Jangan cepat penik kerana kejatuhan harga emas ini adalah dalam jangka pendek sahaja tetapi bagi jangka panjang harga emas tetap naik dan naik.... Punca kejatuhan harga emas ini adalah disebabkan Pengukuhan nilai dolar AS.
ALIRAN kenaikan jangka panjang
emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan
hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.
Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.

Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak
kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS),
penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian
di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai
instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan
pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah
sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada
April.
Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.
Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.
Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.
Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.
Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.
Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.
Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.
Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters

Tiada ulasan:
Catat Ulasan