Jumaat, 18 Februari 2011

Bagaimana Nak Labur Dalam Emas Fizikal

Ramai orang bertanya bagaimana cara untuk kita nak membuat pelaburan dalam emas fizikal, boleh tak dapat untung dan sebagainya...Jawapannya adalah BOLEH...Kita perlu faham pelaburan dalam emas ini adalah bagi jangka masa panjang ianya bukan skim cepat kaya yang mana hari ini kita labur esok lusa kita dapat keuntungan berjuta-juta ringgit.. Baiklah secara umumnya ada empat (4) teknik biasa yang dipraktikkan dalam pelaburan emas fizikal ini bagi mendapatkan keuntungan.


Pertama :
SIMPAN


Emas yang dibeli, kita simpan dan tunggu kenaikan harga selepas setahun, dua tahun atau untuk jangka masa beberapa tahun. Seperti mana yang kita tahu bahawa kenaikan harga emas secara purata  25% - 30% setahun bagi tempoh 10 tahun (2000 - 2010). Namun perlu diingat, Zakat adalah wajib dibayar selepas genap haul (setahun hijrah) dengan timbangan sebanyak 85 gram bersamaan 20 dinar (2.5% sahaja daripada nilai semasa emas tersebut - sila rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut). Apabila merasakan kenaikan emas sudah mencukupi (menguntungkan), jual emas tadi. Tetapi, perbezaan harga jual dan beli (spread 6% -15% bergantung kepada syarikat/kedai) akan mengurangkan keuntungan kita. Teknik ini amat mudah dilaksanakan.
Contoh:

Saya membeli 100gram gold bar atau rantai emas pada bulan Februari 2011 pada harga (kami jual) RM15400. Setahun kemudian, kenaikan emas adalah **25%, maka harga (kami jual) emas adalah RM19250. Apabila emas ini dijual semula, katakan spread 15% akan dikenakan (perbezaan harga jual dan harga beli), maka nilai yang diterima adalah RM16362.50. Setelah ditolak zakat, keuntungan bersih yang diterima hanyalah RM553.44. Ini adalah bagi tahun pertama tapi kalau kita simpan lagi lama maka keuntungannya akan meningkat.

Kita lihat pada tahun 2013, katakan kenaikan emas adalah **20%, maka, selepas menyimpan emas selama 2 tahun, nilai emas kita menjadi RM23100.00, maka keuntungan bersih yang diperolehi daripada pembelian asal adalah RM3744.13. Nilai ini akan sentiasa meningkat dan bertambah dari tahun ke tahun.

* kita perlu menetapkan sasaran kita berapa gram yang kita hendak simpan dalam tempoh masa berapa lama... secara tidak langsung ianya dapat menyelamatkan harta atau wang simpanan kita daripada susut nilai (purata 4% setahun inflasi di Malaysia)
Kedua :
PAJAK GADAI ATAU REMPIT

Bagi teknik ini Konsep gadaian Islam AR RAHNU amat sesuai ianya Tiada Unsur Riba'. Pinjaman diberikan oleh ar rahnu sehingga *70% dari nilaian marhun emas (Nilaian emas semasa oleh pihak ar rahnu) dengan upah simpan bulanan yang murah (*70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan). Ar rahnu Agrobank atau Bank Rakyat menerima gold bar dan barang kemas dengan nilaian terbaik dan upah simpan termurah. Namun anda dinasihatkan untuk bertanyakan kepada ar rahnu yang terdapat di bank-bank lain di Malaysia.
Contoh ini pula diterangkan dalam jadual di bawah:
Katakan saya membeli gold bar 100gram pada bulan Februari 2011 dengan harga RM15400 dan menggadaikannya di ar Rahnu Agrobank pada nilaian marhun *RM16632 (bergantung kepada kadar RM per gram yang ditetapkan oleh pihak Argobank). Ar Rahnu memberikan saya wang berjumlah RM11642.40 (*70% daripada nilaian marhun) dengan upah simpan emas yang saya perlu jelaskan pada hujung tempoh gadaian (bulan Ogos 2011) sebanyak RM698.54 (70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan).

Apabila harga emas meningkat sebanyak **13% pada bulan Ogos 2011, saya pon menebus semula(kata lain tukar surat) emas tadi dengan jumlah pinjaman beserta upah simpan (RM11642 + RM698.54). Dan saya terus pajakkan semula emas saya tersebut pada nilai marhun *RM18794.16. Teknik ini pemain emas istilahkan REMPIT. Maka keuntungan bersih yang saya terima adalah RM814.97 untuk enam (6) bulan berkenaan.
Proses ini diulangi setiap enam (6) bulan. Bayaran zakat dikira setiap genap setahun hijrah.
Kelemahan teknik ini: Jika kita menggunakan duit hasil gadaian untuk kegunaan lain, dikhuatiri kita tidak dapat menjelaskan bayaran untuk menebus emas apabila genap tempoh gadaian iaitu selama enam (6) bulan.

Kebaikan: Pendapatan hasil dari teknik ini boleh dilakukan secara berulang setiap enam (6) bulan selagi harga emas meningkat.

*Bagaimana jika hasil gadaian digunakan untuk membeli emas lagi dan digadai? teknik ini akan diterangkan dalam teknik 3 secara ringkas. Penerangan mendalam perlulah secara bersemuka.

Ketiga :
PAJAK, BELI LAGI, PAJAK SEMULA DAN LAGI.

Teknik ini adalah mudah tetapi mungkin kekeliruan dalam pemahaman akan menjejaskan perkiraan anda. Kita beli emas kemudian pajak emas tersebut di Ar-Rahnu (Argobank), bank akan beri kita 70% nilai emas kita. Wang yang kita perolehi dari bank tadi kita beli semula emas dan lepas itu kita pajakkan ianya semula. Klik pada jadual dibawah untuk mengetahui cara kiraannya.

* Teknik ini adalah bermatlamat membeli dan menyimpan emas seberapa banyak ketika harga emas masih rendah dan mampu milik, kita sedia maklum bahawa harga emas sentiasa meningkat dan jika kita lambat bertindak kita terpaksa membeli emas dengan harga yang tinggi.
 
* Teknik ini juga digunakan oleh pelabur-pelabur emas bagi menyimpan stok ketika harga emas turun dan menjualnya semula ketika harga emas naik...
 
Keempat :
BELI, JUAL, BELI LAGI
Cara ini ramai pelabur-pelabur emas lakukan....beli semasa harga rendah untuk membuat pelaburan dan dalam masa yang sama jual balik ketika harga tinggi... Teknik ini memerlukan kita kemahiran dalam analisis dan membaca graf pasaran emas dunia disamping mengetahui isu-isu ekonomi dunia bagi dijadikan rujukan untuk membeli dan menjual emas. Melalui teknik ini juga pelabur akan mendapat menggandakan keuntungan yang mereka perolehi dengan Kenaikan harga emas setahun (25% - 30%) dan ditambahkan lagi dengan keuntungan jualan emas (1% - 10%).
Nota:

* Nilai mungkin berbeza dari masa ke semasa dan polisi bank yang berubah-ubah. Rujuk bank yang mempunyai kemudahan ar rahnu. di cadangkan Agrobank - menerima gold coin, gold bar dan barang kemas.

** Kenaikan harga emas dipengaruhi pelbagai faktor. Jalankan kajian anda terlebih dahulu sebelum membuat teknik-teknik yang dicadangkan di dalam blogs ini.

Ahad, 6 Februari 2011

Perbandingan Antara GCP & PG


GCP vs PG?? Nampaknya semakin panas isu-isu antara GCP dan PG yang timbul, memandangkan 2 syarikat ini merupakan antara yang terkemuka sebagai pembekal emas di Malaysia. Post ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, cuma untuk mengkaji keberkesanan produk, servis dan juga feedback dari dealer2 yang terlibat secara langsung.

1. Bayaran minimum untuk menjadi dealer

Untuk GCP, yuran minimum adalah RM600 tetapi dealer tidak mendapat apa-apa di atas bayaran tersebut. Amaun ini adalah kos pendaftaran seumur hidup GCP.

Bagi PG pula, bayaran minimum untuk menjadi 'normal dealer' adalah RM20k, yang mana wang itu adalah pembelian emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas.

2. Perbezaan produk GCP dan PG

Mengenai produk pula, GCP menawarkan produk-produk emas 999 bermula dari dinar GCP, rantai tangan pelbagai berat, PAMP Suisse 5g, 10g, 20g , 50g, 100g, 500g dan 1000g, dan yang terbaru gold bar GCP 10g dan 20g.

PG menawarkan gold bar 20g, 50g, 100g dan 250g, silver bar 250g, 500g dan 1kg, public dinar 1D, 5D dan 10D, dan juga barang-barang kemas Public Jewellery.

3. Komisen agen atau dealer

GCP menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.

Bagi PG pula, komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.

4. Overriding Introducer/Master Dealer

Overriding GCP adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.

Bagi PG, overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.

5. Perbezaan harga GCP dan PG



Harga website GCP, ini adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price. PG pula, harga dealer adalah 1-2% less than web price. Anda bandingkan, harga dan spread.. wang anda, pilihan anda..
6. Buying procedure
GCP hanya mengemaskini harga setiap hari sekali, 10:00 am. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.

PG mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.

7. Service provided

GCP menawarkan penghantaran ke pintu rumah, belian balik dan modal seandainya dealer ingin 'buyback' dari customer.

PG pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up oleh dealer sendiri.

Kesimpulan

Sebagai seorang pembeli atau penyimpan atau pelabur, semestinya kita inginkan emas yang memenuhi kriteria impian kita. Namun, kepada pembekal seperti GCP dan PG, haruslah diingat, dealer dan customer anda terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, tahap pendidikan dan latar belakang. So, semua dealer pasti mengharapkan tahap professionalism yang tinggi daripada pembekal sama ada dari sudut kos pendaftaran, kemampuan menyediakan stok, kebajikan para dealer dan perkara-perkara yang berkaitan.

Bagi introducer/Master dealer pula, jalankanlah tanggungjawab anda sebagaimana diamanahkan. Ternyata memang ada introducer/Master Dealer yang langsung tak ambil pot hal dealer-dealer mereka. Kepada GCP dan PG, sila monitor dealer-dealer anda agar menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik.


Buat yang baru dan mahu mengenali emas, sama ada GCP atau PG, boleh contact @ sms saya di 012-6754345 atau FB @ email saya di hairul_ee@yahoo.com.

Selasa, 4 Januari 2011

DIVIDEN ASB

AMANAH SAHAM BUMIPUTRA


PNB telah isytihar dividen ASB bagi Tahun 2010 sebanyak 7.50 sen dan Bonus 1.25 sen bagi seunit saham. Pertambahan sedikit daripada tahun 2009 sebanyak 0.20 sen.


Pelaburan didalam ASB boleh dikatakan pelaburan yang menguntungan dan selamat. Tetapi kelemahan ASB adalah kita hanya boleh melabur maksimum sebanyak RM200k sahaja. Dan jika diperhatikan dividen yang diberi semakin tahun semakin berkurangan, tambahan pulak semakin ramai pelabur yang melabur sehingga nilai maksimum maka dividen akan menjadi kecil untuk diagihkan kepada pelabur-pelabur. Sebab itulah Saham Bank Rakyat tidak dibuka kepada ramai pelabur kerana bagi menjamin dividen yang akan diagihkan tetap tinggi setiap tahun.


Satu perkara yang paling penting dalam pelaburan ini adalah penggunaan wang kertas yang merupakan wang fiat yang tidak bersandarkan kepada apa-apa. Nilainya akan susut mengikut peratusan kadar insflasi sesebuah negara. Walaupun kita mendapat dividen yang tinggi tetapi kuasa belinya menjadi kurang. Cara mudah untuk tahu kadar insflasi ialah dengan melihat harga barangan dipasaran jika harga barangan naik maka nilai wang kertas mengalami susut nilai.


Jika dilihat perkembangan ASB sepanjang 10 tahun (2001 -2010) purata pulangan setahun yang diperolehi adalah sebanyak 9.01 sen. Semakin lama semakin berkurangan dividen yang diberikan kepada pelabur. Keadaan berkemungkinan akan menjadi lebih teruk untuk tempoh 10 tahun yang akan datang.


Kesimpulan :

Keuntungan bagi Tahun 2010 (8.75 sen sesaham)
Maka, siapa yang simpan RM200,000 maka dia dapat keuntungan sebanyak RM17,500.

Hakikat Sebenar:
(KEUNTUNGAN ASB = DIVIDEN - INSFLASI)

(8.75(dividen) - 2.5(kadar insflasi) = 6.25)

RM200,000 x 6.25% = RM12,500


Nilai Keuntungan anda sebenarnya adalah RM12,500.00


Bagi melindungi hakisan wang anda.....Jom TUKAR WANG ANDA KEPADA EMAS
CALL@SMS : 012-6754345 / 019-6654345

Ahad, 2 Januari 2011

Emas Sebagai Pelindung Kewangan


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :


" Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) untuk digunkan."


Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Selasa, 7 Disember 2010

Mengapa Emas

EMAS telah dicipta oleh Allah merupakan barang yang paling berharga dan bernilai di muka bumi ini sejak berzaman-zaman lagi. Bermula dengan kewujudan manusia lagi emas sudah menjadi rebutan dan buruan setiap manusia sehinggalah sekarang. Lima (6) faktor mengapa emas menjadi buru ialah :

  1. Emas merupakan simbol kekayaan dan kekuasaan

  2. Harga Emas sentiasa meningkat berbanding dengan wang kertas

  3. Penyimpan Kekayaan yang baik kerana tidak mengalami Insflasi (tidak ada susut nilai)

  4. Penampan kebocoran wang

  5. Tidak boleh dimanipulasi - Emas bukan barang yang boleh dicipta tetapi boleh diperolehi

  6. Aset yang unggul - diterima diseluruh dunia
Mari kita lihat harga emas dalam tempoh masa 10 tahun dipasaran dunia. Harga Emas tetap dan sentiasa naik tahun demi tahun.



Graf menunjukkan kenaikan harga emas dalam tempoh 10 tahun sebanyak 375.10%. Purata setahun 37.10%.

Harga emas di Malaysia pada bulan November 2010 bagi emas 999 adalah RM166/g (Rujuk harga kedai emas). Harga ini dijangkakan akan meningkat sehingga RM281/g dalam tempoh 2 tahun lagi.






Katakan kita beli emas sebanyak 100g dengan harga RM15,700 dan simpan selama 10 tahun dan purata kenaikan harga emas 37% setahun, maka nilai emas kita 10 tahun akan datang adalah ( 37% x 10 thn x RM167 x 100g) = 61,790. Beza harga asal ialah RM46,090.



WAH!!!..berapa banyak kita dapat untung......hanya dengan menyimpan emas 100g selama 10 tahun. Bayangkan jika kita simpan emas sebanyak 1kg....


TIDAK PERCAYA........ia memang anda tidak akan percaya kerana anda belum mencubanya lagi...saya sudah cuba dan terbukti ianya menguntungkan.....
Cuba anda bandingkan dengan purata keuntungan ASB (8% - 10 %), Fixed Deposit (1% - 4%), Bank Rakyat (15%) dan unit Trust (3% - 25%), mana lebih untung....???





Kita perlu ingat bahawa membeli emas kita akan dapat emas didalam tangan, berbeza dengan melabur dalam saham-saham tertentu atau menyimpan wang didalam mana-mana bank, kita hanya ada sekeping kertas atau sebuah buku yang mencatat jumlah wang atau saham yang kita miliki.




Nilai Emas sentiasa meningkat berbanding Nilai Wang Kertas yang akan menyusut dari masa ke semasa. Penyusutan Nilai wang kertas ini adalah disebabkan oleh Kadar Insflasi yang ditanggung oleh sesuatu negara.


Wang Kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah selain ianya boleh dimusnahkan dan dicipta/dicetak. Nilai Wang Kertas dalam jangka masa panjang sentiasa menurun dan kuasa beli menjadi rendah. Contoh pada tahun 80 an harga sebungkus nasi lemak adalah dalam RM0.10 - RM0.20 sahaja tetapi harga nasi lemak adalah RM1.50 - RM2.50 sebungkus. Jelas kenaikan harga 10 kali ganda bagi barang yang sama.

Khamis, 2 Disember 2010

Bandingan Kos Menunaikan Haji Menggunakan Dinar





















Diam tak diam rasanya ramai antara kita yang terlepas pandang bahawa kos menunaikan haji dalam kiraan nilai dinar emas mengalami penurunan secara ketara setiap tahun.. Keadaan ini terjadi disebabkan nilai emas yang secara konsisten mengalami kenaikan iaitu secara puratanya 30% setiap tahun. Berikut adalah kiraan kos haji bagi tahun sudah berdasaan kiraan nilai dinar emas..

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-

1 Dinar = RM 140

Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140

Jumlah = RM9,100.00

Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-

1 Dinar = RM 502

Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502

Jumlah = RM 9,036.00

Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

Tahun 2010:-

1 Dinar = RM 595

Kos Haji = 17 keping (tengok gambar Harga Public Dinar) x RM 595

Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)

Sumber kos haji : Berita Harian

“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

“Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.”

Merujuk kepada rekod dan trend kenaikan nilai emas di atas, kebarangkalian besar pada tahun 2015 nanti, kita hanya memerlukan 10 dinar emas sahaja bagi menampung keseluruhan kos pembiayaan haji. Jadi apa kata, kita setkan target mulai tahun ini untuk mengumpul sekurang-kurangnya 2 keping dinar emas setiap tahun sehingga menjelang tahun 2015..InsyaAllah, impian untuk menunaikan haji pada 2015 pasti akan jadi kenyataan jika kita ikhlas dan berusaha untuk mendapatkannya..