Selasa, 7 Disember 2010

Mengapa Emas

EMAS telah dicipta oleh Allah merupakan barang yang paling berharga dan bernilai di muka bumi ini sejak berzaman-zaman lagi. Bermula dengan kewujudan manusia lagi emas sudah menjadi rebutan dan buruan setiap manusia sehinggalah sekarang. Lima (6) faktor mengapa emas menjadi buru ialah :

  1. Emas merupakan simbol kekayaan dan kekuasaan

  2. Harga Emas sentiasa meningkat berbanding dengan wang kertas

  3. Penyimpan Kekayaan yang baik kerana tidak mengalami Insflasi (tidak ada susut nilai)

  4. Penampan kebocoran wang

  5. Tidak boleh dimanipulasi - Emas bukan barang yang boleh dicipta tetapi boleh diperolehi

  6. Aset yang unggul - diterima diseluruh dunia
Mari kita lihat harga emas dalam tempoh masa 10 tahun dipasaran dunia. Harga Emas tetap dan sentiasa naik tahun demi tahun.



Graf menunjukkan kenaikan harga emas dalam tempoh 10 tahun sebanyak 375.10%. Purata setahun 37.10%.

Harga emas di Malaysia pada bulan November 2010 bagi emas 999 adalah RM166/g (Rujuk harga kedai emas). Harga ini dijangkakan akan meningkat sehingga RM281/g dalam tempoh 2 tahun lagi.






Katakan kita beli emas sebanyak 100g dengan harga RM15,700 dan simpan selama 10 tahun dan purata kenaikan harga emas 37% setahun, maka nilai emas kita 10 tahun akan datang adalah ( 37% x 10 thn x RM167 x 100g) = 61,790. Beza harga asal ialah RM46,090.



WAH!!!..berapa banyak kita dapat untung......hanya dengan menyimpan emas 100g selama 10 tahun. Bayangkan jika kita simpan emas sebanyak 1kg....


TIDAK PERCAYA........ia memang anda tidak akan percaya kerana anda belum mencubanya lagi...saya sudah cuba dan terbukti ianya menguntungkan.....
Cuba anda bandingkan dengan purata keuntungan ASB (8% - 10 %), Fixed Deposit (1% - 4%), Bank Rakyat (15%) dan unit Trust (3% - 25%), mana lebih untung....???





Kita perlu ingat bahawa membeli emas kita akan dapat emas didalam tangan, berbeza dengan melabur dalam saham-saham tertentu atau menyimpan wang didalam mana-mana bank, kita hanya ada sekeping kertas atau sebuah buku yang mencatat jumlah wang atau saham yang kita miliki.




Nilai Emas sentiasa meningkat berbanding Nilai Wang Kertas yang akan menyusut dari masa ke semasa. Penyusutan Nilai wang kertas ini adalah disebabkan oleh Kadar Insflasi yang ditanggung oleh sesuatu negara.


Wang Kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah selain ianya boleh dimusnahkan dan dicipta/dicetak. Nilai Wang Kertas dalam jangka masa panjang sentiasa menurun dan kuasa beli menjadi rendah. Contoh pada tahun 80 an harga sebungkus nasi lemak adalah dalam RM0.10 - RM0.20 sahaja tetapi harga nasi lemak adalah RM1.50 - RM2.50 sebungkus. Jelas kenaikan harga 10 kali ganda bagi barang yang sama.

Khamis, 2 Disember 2010

Bandingan Kos Menunaikan Haji Menggunakan Dinar





















Diam tak diam rasanya ramai antara kita yang terlepas pandang bahawa kos menunaikan haji dalam kiraan nilai dinar emas mengalami penurunan secara ketara setiap tahun.. Keadaan ini terjadi disebabkan nilai emas yang secara konsisten mengalami kenaikan iaitu secara puratanya 30% setiap tahun. Berikut adalah kiraan kos haji bagi tahun sudah berdasaan kiraan nilai dinar emas..

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-

1 Dinar = RM 140

Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140

Jumlah = RM9,100.00

Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-

1 Dinar = RM 502

Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502

Jumlah = RM 9,036.00

Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

Tahun 2010:-

1 Dinar = RM 595

Kos Haji = 17 keping (tengok gambar Harga Public Dinar) x RM 595

Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)

Sumber kos haji : Berita Harian

“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

“Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.”

Merujuk kepada rekod dan trend kenaikan nilai emas di atas, kebarangkalian besar pada tahun 2015 nanti, kita hanya memerlukan 10 dinar emas sahaja bagi menampung keseluruhan kos pembiayaan haji. Jadi apa kata, kita setkan target mulai tahun ini untuk mengumpul sekurang-kurangnya 2 keping dinar emas setiap tahun sehingga menjelang tahun 2015..InsyaAllah, impian untuk menunaikan haji pada 2015 pasti akan jadi kenyataan jika kita ikhlas dan berusaha untuk mendapatkannya..