Selasa, 22 Februari 2011

Untung Atau Rugi Buat Pinjaman Bank Untuk Beli Emas

UNTUNG atau RUGI jika kita buat LOAN dengan BANK dan kemudian kita BELI EMAS... Bagi saya ianya menguntungkan dengan syarat kita bijak membuat perancangan dan tahu teknik memanipulasikan kelebihan emas yang kita ada.

Saya dedahkan rahsianya kepada anda,


TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang pasti ada susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais, komputer, handphone dll...?

Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?

Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%(rujukan: zerohedge) , hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara percuma!! Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k bagi tempoh 20 tahun.

Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun2 berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak2 berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?

Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.

Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi2 diluar jangkaan.


TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING

Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :

1- Beli emas RM 100k
pajak dapat RM 70k

kemudian;

2- Beli lagi emas RM 70k
pajak dapat RM 49k

Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%).

Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)

Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)

Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)

Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)

Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000).

Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!

Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :

a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM 100k kepada bank.
  • Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
  • Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan
b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.
  • Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
  • Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang lebih besar.
Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.

Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!

Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?

Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada untung atau rugi jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!
Sumber : pelaburjutawan

Jumaat, 18 Februari 2011

Bagaimana Nak Labur Dalam Emas Fizikal

Ramai orang bertanya bagaimana cara untuk kita nak membuat pelaburan dalam emas fizikal, boleh tak dapat untung dan sebagainya...Jawapannya adalah BOLEH...Kita perlu faham pelaburan dalam emas ini adalah bagi jangka masa panjang ianya bukan skim cepat kaya yang mana hari ini kita labur esok lusa kita dapat keuntungan berjuta-juta ringgit.. Baiklah secara umumnya ada empat (4) teknik biasa yang dipraktikkan dalam pelaburan emas fizikal ini bagi mendapatkan keuntungan.


Pertama :
SIMPAN


Emas yang dibeli, kita simpan dan tunggu kenaikan harga selepas setahun, dua tahun atau untuk jangka masa beberapa tahun. Seperti mana yang kita tahu bahawa kenaikan harga emas secara purata  25% - 30% setahun bagi tempoh 10 tahun (2000 - 2010). Namun perlu diingat, Zakat adalah wajib dibayar selepas genap haul (setahun hijrah) dengan timbangan sebanyak 85 gram bersamaan 20 dinar (2.5% sahaja daripada nilai semasa emas tersebut - sila rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut). Apabila merasakan kenaikan emas sudah mencukupi (menguntungkan), jual emas tadi. Tetapi, perbezaan harga jual dan beli (spread 6% -15% bergantung kepada syarikat/kedai) akan mengurangkan keuntungan kita. Teknik ini amat mudah dilaksanakan.
Contoh:

Saya membeli 100gram gold bar atau rantai emas pada bulan Februari 2011 pada harga (kami jual) RM15400. Setahun kemudian, kenaikan emas adalah **25%, maka harga (kami jual) emas adalah RM19250. Apabila emas ini dijual semula, katakan spread 15% akan dikenakan (perbezaan harga jual dan harga beli), maka nilai yang diterima adalah RM16362.50. Setelah ditolak zakat, keuntungan bersih yang diterima hanyalah RM553.44. Ini adalah bagi tahun pertama tapi kalau kita simpan lagi lama maka keuntungannya akan meningkat.

Kita lihat pada tahun 2013, katakan kenaikan emas adalah **20%, maka, selepas menyimpan emas selama 2 tahun, nilai emas kita menjadi RM23100.00, maka keuntungan bersih yang diperolehi daripada pembelian asal adalah RM3744.13. Nilai ini akan sentiasa meningkat dan bertambah dari tahun ke tahun.

* kita perlu menetapkan sasaran kita berapa gram yang kita hendak simpan dalam tempoh masa berapa lama... secara tidak langsung ianya dapat menyelamatkan harta atau wang simpanan kita daripada susut nilai (purata 4% setahun inflasi di Malaysia)
Kedua :
PAJAK GADAI ATAU REMPIT

Bagi teknik ini Konsep gadaian Islam AR RAHNU amat sesuai ianya Tiada Unsur Riba'. Pinjaman diberikan oleh ar rahnu sehingga *70% dari nilaian marhun emas (Nilaian emas semasa oleh pihak ar rahnu) dengan upah simpan bulanan yang murah (*70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan). Ar rahnu Agrobank atau Bank Rakyat menerima gold bar dan barang kemas dengan nilaian terbaik dan upah simpan termurah. Namun anda dinasihatkan untuk bertanyakan kepada ar rahnu yang terdapat di bank-bank lain di Malaysia.
Contoh ini pula diterangkan dalam jadual di bawah:
Katakan saya membeli gold bar 100gram pada bulan Februari 2011 dengan harga RM15400 dan menggadaikannya di ar Rahnu Agrobank pada nilaian marhun *RM16632 (bergantung kepada kadar RM per gram yang ditetapkan oleh pihak Argobank). Ar Rahnu memberikan saya wang berjumlah RM11642.40 (*70% daripada nilaian marhun) dengan upah simpan emas yang saya perlu jelaskan pada hujung tempoh gadaian (bulan Ogos 2011) sebanyak RM698.54 (70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan).

Apabila harga emas meningkat sebanyak **13% pada bulan Ogos 2011, saya pon menebus semula(kata lain tukar surat) emas tadi dengan jumlah pinjaman beserta upah simpan (RM11642 + RM698.54). Dan saya terus pajakkan semula emas saya tersebut pada nilai marhun *RM18794.16. Teknik ini pemain emas istilahkan REMPIT. Maka keuntungan bersih yang saya terima adalah RM814.97 untuk enam (6) bulan berkenaan.
Proses ini diulangi setiap enam (6) bulan. Bayaran zakat dikira setiap genap setahun hijrah.
Kelemahan teknik ini: Jika kita menggunakan duit hasil gadaian untuk kegunaan lain, dikhuatiri kita tidak dapat menjelaskan bayaran untuk menebus emas apabila genap tempoh gadaian iaitu selama enam (6) bulan.

Kebaikan: Pendapatan hasil dari teknik ini boleh dilakukan secara berulang setiap enam (6) bulan selagi harga emas meningkat.

*Bagaimana jika hasil gadaian digunakan untuk membeli emas lagi dan digadai? teknik ini akan diterangkan dalam teknik 3 secara ringkas. Penerangan mendalam perlulah secara bersemuka.

Ketiga :
PAJAK, BELI LAGI, PAJAK SEMULA DAN LAGI.

Teknik ini adalah mudah tetapi mungkin kekeliruan dalam pemahaman akan menjejaskan perkiraan anda. Kita beli emas kemudian pajak emas tersebut di Ar-Rahnu (Argobank), bank akan beri kita 70% nilai emas kita. Wang yang kita perolehi dari bank tadi kita beli semula emas dan lepas itu kita pajakkan ianya semula. Klik pada jadual dibawah untuk mengetahui cara kiraannya.

* Teknik ini adalah bermatlamat membeli dan menyimpan emas seberapa banyak ketika harga emas masih rendah dan mampu milik, kita sedia maklum bahawa harga emas sentiasa meningkat dan jika kita lambat bertindak kita terpaksa membeli emas dengan harga yang tinggi.
 
* Teknik ini juga digunakan oleh pelabur-pelabur emas bagi menyimpan stok ketika harga emas turun dan menjualnya semula ketika harga emas naik...
 
Keempat :
BELI, JUAL, BELI LAGI
Cara ini ramai pelabur-pelabur emas lakukan....beli semasa harga rendah untuk membuat pelaburan dan dalam masa yang sama jual balik ketika harga tinggi... Teknik ini memerlukan kita kemahiran dalam analisis dan membaca graf pasaran emas dunia disamping mengetahui isu-isu ekonomi dunia bagi dijadikan rujukan untuk membeli dan menjual emas. Melalui teknik ini juga pelabur akan mendapat menggandakan keuntungan yang mereka perolehi dengan Kenaikan harga emas setahun (25% - 30%) dan ditambahkan lagi dengan keuntungan jualan emas (1% - 10%).
Nota:

* Nilai mungkin berbeza dari masa ke semasa dan polisi bank yang berubah-ubah. Rujuk bank yang mempunyai kemudahan ar rahnu. di cadangkan Agrobank - menerima gold coin, gold bar dan barang kemas.

** Kenaikan harga emas dipengaruhi pelbagai faktor. Jalankan kajian anda terlebih dahulu sebelum membuat teknik-teknik yang dicadangkan di dalam blogs ini.

Ahad, 6 Februari 2011

Perbandingan Antara GCP & PG


GCP vs PG?? Nampaknya semakin panas isu-isu antara GCP dan PG yang timbul, memandangkan 2 syarikat ini merupakan antara yang terkemuka sebagai pembekal emas di Malaysia. Post ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, cuma untuk mengkaji keberkesanan produk, servis dan juga feedback dari dealer2 yang terlibat secara langsung.

1. Bayaran minimum untuk menjadi dealer

Untuk GCP, yuran minimum adalah RM600 tetapi dealer tidak mendapat apa-apa di atas bayaran tersebut. Amaun ini adalah kos pendaftaran seumur hidup GCP.

Bagi PG pula, bayaran minimum untuk menjadi 'normal dealer' adalah RM20k, yang mana wang itu adalah pembelian emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas.

2. Perbezaan produk GCP dan PG

Mengenai produk pula, GCP menawarkan produk-produk emas 999 bermula dari dinar GCP, rantai tangan pelbagai berat, PAMP Suisse 5g, 10g, 20g , 50g, 100g, 500g dan 1000g, dan yang terbaru gold bar GCP 10g dan 20g.

PG menawarkan gold bar 20g, 50g, 100g dan 250g, silver bar 250g, 500g dan 1kg, public dinar 1D, 5D dan 10D, dan juga barang-barang kemas Public Jewellery.

3. Komisen agen atau dealer

GCP menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.

Bagi PG pula, komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.

4. Overriding Introducer/Master Dealer

Overriding GCP adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.

Bagi PG, overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.

5. Perbezaan harga GCP dan PG



Harga website GCP, ini adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price. PG pula, harga dealer adalah 1-2% less than web price. Anda bandingkan, harga dan spread.. wang anda, pilihan anda..
6. Buying procedure
GCP hanya mengemaskini harga setiap hari sekali, 10:00 am. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.

PG mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.

7. Service provided

GCP menawarkan penghantaran ke pintu rumah, belian balik dan modal seandainya dealer ingin 'buyback' dari customer.

PG pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up oleh dealer sendiri.

Kesimpulan

Sebagai seorang pembeli atau penyimpan atau pelabur, semestinya kita inginkan emas yang memenuhi kriteria impian kita. Namun, kepada pembekal seperti GCP dan PG, haruslah diingat, dealer dan customer anda terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, tahap pendidikan dan latar belakang. So, semua dealer pasti mengharapkan tahap professionalism yang tinggi daripada pembekal sama ada dari sudut kos pendaftaran, kemampuan menyediakan stok, kebajikan para dealer dan perkara-perkara yang berkaitan.

Bagi introducer/Master dealer pula, jalankanlah tanggungjawab anda sebagaimana diamanahkan. Ternyata memang ada introducer/Master Dealer yang langsung tak ambil pot hal dealer-dealer mereka. Kepada GCP dan PG, sila monitor dealer-dealer anda agar menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik.


Buat yang baru dan mahu mengenali emas, sama ada GCP atau PG, boleh contact @ sms saya di 012-6754345 atau FB @ email saya di hairul_ee@yahoo.com.