Jumaat, 18 Februari 2011

Bagaimana Nak Labur Dalam Emas Fizikal

Ramai orang bertanya bagaimana cara untuk kita nak membuat pelaburan dalam emas fizikal, boleh tak dapat untung dan sebagainya...Jawapannya adalah BOLEH...Kita perlu faham pelaburan dalam emas ini adalah bagi jangka masa panjang ianya bukan skim cepat kaya yang mana hari ini kita labur esok lusa kita dapat keuntungan berjuta-juta ringgit.. Baiklah secara umumnya ada empat (4) teknik biasa yang dipraktikkan dalam pelaburan emas fizikal ini bagi mendapatkan keuntungan.


Pertama :
SIMPAN


Emas yang dibeli, kita simpan dan tunggu kenaikan harga selepas setahun, dua tahun atau untuk jangka masa beberapa tahun. Seperti mana yang kita tahu bahawa kenaikan harga emas secara purata  25% - 30% setahun bagi tempoh 10 tahun (2000 - 2010). Namun perlu diingat, Zakat adalah wajib dibayar selepas genap haul (setahun hijrah) dengan timbangan sebanyak 85 gram bersamaan 20 dinar (2.5% sahaja daripada nilai semasa emas tersebut - sila rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut). Apabila merasakan kenaikan emas sudah mencukupi (menguntungkan), jual emas tadi. Tetapi, perbezaan harga jual dan beli (spread 6% -15% bergantung kepada syarikat/kedai) akan mengurangkan keuntungan kita. Teknik ini amat mudah dilaksanakan.
Contoh:

Saya membeli 100gram gold bar atau rantai emas pada bulan Februari 2011 pada harga (kami jual) RM15400. Setahun kemudian, kenaikan emas adalah **25%, maka harga (kami jual) emas adalah RM19250. Apabila emas ini dijual semula, katakan spread 15% akan dikenakan (perbezaan harga jual dan harga beli), maka nilai yang diterima adalah RM16362.50. Setelah ditolak zakat, keuntungan bersih yang diterima hanyalah RM553.44. Ini adalah bagi tahun pertama tapi kalau kita simpan lagi lama maka keuntungannya akan meningkat.

Kita lihat pada tahun 2013, katakan kenaikan emas adalah **20%, maka, selepas menyimpan emas selama 2 tahun, nilai emas kita menjadi RM23100.00, maka keuntungan bersih yang diperolehi daripada pembelian asal adalah RM3744.13. Nilai ini akan sentiasa meningkat dan bertambah dari tahun ke tahun.

* kita perlu menetapkan sasaran kita berapa gram yang kita hendak simpan dalam tempoh masa berapa lama... secara tidak langsung ianya dapat menyelamatkan harta atau wang simpanan kita daripada susut nilai (purata 4% setahun inflasi di Malaysia)
Kedua :
PAJAK GADAI ATAU REMPIT

Bagi teknik ini Konsep gadaian Islam AR RAHNU amat sesuai ianya Tiada Unsur Riba'. Pinjaman diberikan oleh ar rahnu sehingga *70% dari nilaian marhun emas (Nilaian emas semasa oleh pihak ar rahnu) dengan upah simpan bulanan yang murah (*70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan). Ar rahnu Agrobank atau Bank Rakyat menerima gold bar dan barang kemas dengan nilaian terbaik dan upah simpan termurah. Namun anda dinasihatkan untuk bertanyakan kepada ar rahnu yang terdapat di bank-bank lain di Malaysia.
Contoh ini pula diterangkan dalam jadual di bawah:
Katakan saya membeli gold bar 100gram pada bulan Februari 2011 dengan harga RM15400 dan menggadaikannya di ar Rahnu Agrobank pada nilaian marhun *RM16632 (bergantung kepada kadar RM per gram yang ditetapkan oleh pihak Argobank). Ar Rahnu memberikan saya wang berjumlah RM11642.40 (*70% daripada nilaian marhun) dengan upah simpan emas yang saya perlu jelaskan pada hujung tempoh gadaian (bulan Ogos 2011) sebanyak RM698.54 (70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan).

Apabila harga emas meningkat sebanyak **13% pada bulan Ogos 2011, saya pon menebus semula(kata lain tukar surat) emas tadi dengan jumlah pinjaman beserta upah simpan (RM11642 + RM698.54). Dan saya terus pajakkan semula emas saya tersebut pada nilai marhun *RM18794.16. Teknik ini pemain emas istilahkan REMPIT. Maka keuntungan bersih yang saya terima adalah RM814.97 untuk enam (6) bulan berkenaan.
Proses ini diulangi setiap enam (6) bulan. Bayaran zakat dikira setiap genap setahun hijrah.
Kelemahan teknik ini: Jika kita menggunakan duit hasil gadaian untuk kegunaan lain, dikhuatiri kita tidak dapat menjelaskan bayaran untuk menebus emas apabila genap tempoh gadaian iaitu selama enam (6) bulan.

Kebaikan: Pendapatan hasil dari teknik ini boleh dilakukan secara berulang setiap enam (6) bulan selagi harga emas meningkat.

*Bagaimana jika hasil gadaian digunakan untuk membeli emas lagi dan digadai? teknik ini akan diterangkan dalam teknik 3 secara ringkas. Penerangan mendalam perlulah secara bersemuka.

Ketiga :
PAJAK, BELI LAGI, PAJAK SEMULA DAN LAGI.

Teknik ini adalah mudah tetapi mungkin kekeliruan dalam pemahaman akan menjejaskan perkiraan anda. Kita beli emas kemudian pajak emas tersebut di Ar-Rahnu (Argobank), bank akan beri kita 70% nilai emas kita. Wang yang kita perolehi dari bank tadi kita beli semula emas dan lepas itu kita pajakkan ianya semula. Klik pada jadual dibawah untuk mengetahui cara kiraannya.

* Teknik ini adalah bermatlamat membeli dan menyimpan emas seberapa banyak ketika harga emas masih rendah dan mampu milik, kita sedia maklum bahawa harga emas sentiasa meningkat dan jika kita lambat bertindak kita terpaksa membeli emas dengan harga yang tinggi.
 
* Teknik ini juga digunakan oleh pelabur-pelabur emas bagi menyimpan stok ketika harga emas turun dan menjualnya semula ketika harga emas naik...
 
Keempat :
BELI, JUAL, BELI LAGI
Cara ini ramai pelabur-pelabur emas lakukan....beli semasa harga rendah untuk membuat pelaburan dan dalam masa yang sama jual balik ketika harga tinggi... Teknik ini memerlukan kita kemahiran dalam analisis dan membaca graf pasaran emas dunia disamping mengetahui isu-isu ekonomi dunia bagi dijadikan rujukan untuk membeli dan menjual emas. Melalui teknik ini juga pelabur akan mendapat menggandakan keuntungan yang mereka perolehi dengan Kenaikan harga emas setahun (25% - 30%) dan ditambahkan lagi dengan keuntungan jualan emas (1% - 10%).
Nota:

* Nilai mungkin berbeza dari masa ke semasa dan polisi bank yang berubah-ubah. Rujuk bank yang mempunyai kemudahan ar rahnu. di cadangkan Agrobank - menerima gold coin, gold bar dan barang kemas.

** Kenaikan harga emas dipengaruhi pelbagai faktor. Jalankan kajian anda terlebih dahulu sebelum membuat teknik-teknik yang dicadangkan di dalam blogs ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan